QR gambar untuk majlis tunang dan nikah
Majlis kecil, tetapi kenangannya tidak patut lebih kecil.
Majlis tunang dan akad nikah selalunya majlis rumah. Tetamu enam puluh orang, satu khemah di halaman, dan kebanyakan orang tidak menyewa jurugambar penuh untuk hari itu. Yang ada ialah seorang sepupu yang pandai ambil gambar dan lima puluh phone yang lain.
Masalahnya bukan kekurangan gambar. Gambar memang banyak. Masalahnya gambar itu bertaburan dalam phone semua orang, dan anda terpaksa meminta satu persatu. Yang paling menyakitkan ialah gambar akad, saat paling penting hari itu, selalunya diambil oleh orang yang berdiri paling dekat dan bukan oleh sesiapa yang anda upah.
Dengan Kenang, anda letak satu kod QR di meja hantaran atau di pintu rumah. Sesiapa yang datang boleh scan dan terus snap. Gambar akad dari sudut mak cik, gambar sarung cincin dari sudut adik, semuanya masuk satu tempat yang sama pada hari yang sama.
Kerana majlis begini lebih intim, nota suara selalunya menjadi bahagian yang paling disayangi. Tetamu boleh tinggalkan pesanan tiga puluh saat untuk anda berdua. Doa dari opah, gurauan dari kawan sekolah, suara yang anda tidak akan dapat tangkap dalam gambar.
Pakej Majlis Intim memang dibina untuk saiz majlis begini, dan galerinya kekal enam bulan dari tarikh majlis.
Cara guna untuk majlis rumah
- 01Satu kod cukupMajlis kecil tidak perlukan kad setiap meja. Satu kad di meja hantaran selalunya memadai.
- 02Beritahu sekaliMinta MC atau sepupu sebut sekali sebelum makan. Satu sebutan menaikkan jumlah scan dengan ketara.
- 03Buka nota suaraMajlis intim paling untung dari nota suara. Tetamu rakam tiga puluh saat terus dalam browser.

Soalan lazim
- Majlis saya enam puluh orang sahaja, berbaloi?
- Berbaloi justeru kerana majlis kecil jarang ada jurugambar penuh. Gambar tetamu selalunya satu satunya rekod saat penting.
- Boleh guna untuk akad dan sanding dua hari berbeza?
- Boleh. Tarikh majlis boleh diubah dalam dashboard, dan pasangan yang buat majlis kedua dapat potongan lima puluh peratus.
- Tetamu tua boleh guna?
- Mereka scan macam scan menu restoran. Tiada app, tiada login, dan skrinnya satu butang besar sahaja.