QR gambar kahwin untuk majlis anda

Satu kod di pintu masuk, dan setiap tetamu jadi photographer majlis anda.

Jurugambar anda menangkap majlis dari satu sudut. Dia berdiri di tempat yang betul, pada masa yang betul, dan hasilnya memang cantik. Tetapi dia tidak boleh berada di meja belakang ketika mak cik anda ketawa sampai menangis, dan dia tidak berada dalam bilik pengantin ketika kawan kawan sekolah anda bergurau sebelum masuk dewan.

Gambar gambar itu ada. Ia ada dalam phone seratus orang, dan selepas tiga hari ia hilang dalam group WhatsApp yang penuh dengan mesej lain. Sebulan kemudian tiada sesiapa ingat nak hantar, dan kualitinya dah dimampatkan sampai pecah.

Kenang menyelesaikan bahagian itu. Anda letak satu kod QR atas meja atau di pintu masuk. Tetamu scan dengan kamera phone sendiri, dan kamera Kenang terus buka dalam browser dia. Tiada app untuk dipasang, tiada akaun untuk didaftar, tiada nombor telefon untuk diberi. Dia snap, dan gambar itu naik terus ke galeri peribadi anda dalam resolusi penuh.

Setiap tetamu dapat jumlah shot yang terhad, sama seperti kamera disposable yang dulu kita letak atas meja kenduri. Had itu bukan kekurangan, itu sebabnya gambarnya menjadi. Orang yang tahu dia hanya ada sepuluh keping akan berhenti sekejap dan memilih saat yang bermakna, bukan menekan shutter dua ratus kali pada pinggan.

Semua gambar keluar dalam satu tona filem yang sama, jadi galeri anda nampak seperti satu rol filem betul dan bukan campuran seratus phone berlainan. Gambar asalnya kami simpan sekali, jadi anda tidak kehilangan apa apa.

Cara guna pada hari kahwin

  1. 01Cetak kad QRMuat turun kod QR dari dashboard dan cetak. Letak satu di pintu masuk dan satu atas setiap meja.
  2. 02Tetamu scanTetamu buka kamera phone, halakan pada kod, dan kamera Kenang terus buka. Tiada langkah lain.
  3. 03Mereka snapSetiap tetamu dapat jumlah shot yang anda tetapkan. Gambar naik terus walaupun line dewan perlahan.
  4. 04Anda tengokSemua gambar masuk galeri peribadi anda, disusun ikut tetamu dan ikut masa.
Kad QR Kenang atas meja kenduri, sedia untuk tetamu scan

Soalan lazim

Berapa tetamu boleh guna satu QR?
Semua tetamu guna kod yang sama. Pakej Majlis Intim untuk sehingga 300 tetamu, pakej Kenduri tanpa had.
Kalau line dewan teruk macam mana?
Gambar disimpan dalam phone tetamu dahulu dan naik sendiri bila line pulih. Tetamu tidak perlu buat apa apa.
Siapa boleh tengok gambar tu?
Anda sahaja, melainkan anda hidupkan paparan tetamu. Galeri ini peribadi dan tidak muncul dalam enjin carian.

Sedia untuk majlis anda?

Isi nama dan tarikh, dan kod QR anda siap dalam dua minit.

Tengok pakej
WhatsApp